Adakah ni tanda damai...?!!

   Tengok la bertapa susah untuk aku lupakan perkara lampau.

Da lama da aku maafkan kau.  Tp nak lupakan ape yg berlaku susah. Maaf ye..




Lupakan atau tidak..

       Assalammualaikum blogger, malam ni perasaan bercampur baur.. Gembira ada, duka pun ada . Hmmm... Kenapa la aku ni jenis orang yang susah nak lupakan sesuatu perkara?!! Adakah aku tak redha dengan apa yang berlaku?!! Aku tak nak ingat apa pun yang berlaku pada masa lampau walaupun sebesar kuman. Walaupun nampak kecil perkara tu di mata orang tapi bukan di mata hati aku. Terlampau pedih bila di kenang.

      "Kenapa perlu kenang?!! Buang je jauh-jauh" senang nya orang berkata. Kan senang kalau betul-betul boleh buat macam tu. "Aku memang salah ke selama ni? Tak boleh ke aku protect diri aku? Kau sakit salah aku ke? Aku yang buat kau dulu ke? Bukan ke kau yang mulakan dulu? Kenapa kau buat macam aku yang bersalah walaupun dalam hakikat sebenar kau juga ada salah nya? Kenapa mesti perlu kau berselindung ? Sedangkan aku memperjuangkan kebenaran!!! Persoalan yang secara tak sengaja melintas dalam pemikiran yang sememang nya tak ada tempat untuk sebesar zarah pun melintas..

        Tapi apa kan daya . Ramai yang menyokong kau , memberi kau semangat untuk terus hidup dalam dunia maya . Bertuah sungguh kau kerana ramai yang mengambil berat tapi kau tak sepenuhnya menghargai. Sayang nya..sayang sangat..

Wahhhh.. berpuitis pula aku malam- malam macam ni.. hmmm... untunglaaaaa....

Bz bebonar skang ni..

Allahhuakbar . Semenjak ada 2 anak ni , masa ya allah selalu sangat pack.. Kerja selalu sahaja banyak n selalu sangat da balik lambat.. 

    Bisnes? Hurmm... alhamdulillah berjalan juga stok. Ada stok baju baru masuk..

Free  size..

Berminat pm page facebook sadi collection 
Whatsapp / msg at 0123477416,
Comment di insta sadi collection,
Atau email di sadicollection@yahoo.com.

Jom laju2 pm..

Dpt mesin & belajar jahit.

        Yeay , akhirnya dapat juga aku belajar jahit & beli mesin baru.. wah.. tak ku sangka , aku da ade mesin jahit . Ya allah aku harap adanya mesin jahit ni & dengan keberkatan mu allah untuk aku belajar jahit  akan meningkatkan semangat aku untuk mengejar target yang di buat .
      Harap dapat la aku membantu hubby dari segi kewangan . Aku harap jua dpt la aku guna mesin ni bersama dengan mesin potong yang aku beli bulan berapa pun aku tak ingat sampai da berabuk mesin tu.
      Terlampau excited sampai salah ayat . Huhuhu (^_^)

Anak-anak . .

         Ya allah mencabar betul bulan puasa tahun ni 'coz' ada dua anak aku puasa , aku puasa" .. sentiasa  ingatkan diri sendiri . Yang buat aku lagi terasa stress , hubby keje  xmenentu so bila nak bergantung dgn dia sangat pun x boleh . Terpaksa la berdikari sepanjang masa .   Hmmm...

          Bila tengok orang lain husband sentiasa ada kat sisi seronok je . . Nak buat macam mana kan !! Hubby kerja untuk aku & anak-anak juga .

         Si bambam ni pun satu . Da mandi, da makan , da minum susu tp xnak tido pastu bising buat adik bangun pulak .   Aduhhh .... ANAK-ANAK , macam- macam ragam . Nak peluk sentiasa .

Ni gambar my sons n my niece with my nephew . 

Tambah sikit la . Td dalam tengah- tengah jaga anak sempat juga aku buat chocolate cornflake . Hah . . Selalu cornflake  coklatkan? Tp aku buat coklat dlam ccornflakes . Aku senddiri xtau pe rasa nye sebab xboleh rasa lagi   .  


Ni la chchocolate cornflake saya . . Haha cantik kan ...

Rasa down....

       Bila aku tengok blogger yang berjaya , serius cemburu giler... macam mana dorang de masa nak menulis bagai ... Mungkin di sebabkan dorang memang ramah-tamah so dorang boleh tulis apa aja at blog tanpa ragu . Hmmm . . .
        Cam aku , bila ada idea nak tulis je , ade la something yang buatkan aku terbantut untuk menulis . Pas tu bila nak menulis balik da x ingat apa nak tulis , terus potong stim nak menconteng-conteng at blog ni . . Walaupun nama blog 'BEBELAN' tp korang susahkan nak tengok aku membebel kat sini .   . Biasa la , da jd ibu kepada 2 orang hero ni memang da kena membebel la siang hari nye . Pada malam hari nak bebel kat blog da x boleh 'coz' kepenatan . Hahahaha...
        Rasa down sgt oooo .... bila apa yang aku nak buat xberapa menjadi . Tp semua orang pun cam tu juga gak . Xde nye orang nak buat something terus berjaya tanpa rasa kwjatuhan terlebih dahulu kan?
         Aku nak all out sekarang ni . Apa nak jadi , jadi la . Selama ni aku xpenah ada impian untuk di capai . Tp sekarang aku da ada target & aku nak aim betul-betul sampai aku capai target aku .

"Ya allah kau iringi la usaha ku ini dengan rahmat mu allah " . .

Sape rasa jubah ni cantek?

Yeay ashanim dress lab keluarkan baju raya lagi .. cantik tak? Ada 3 warna cantik . Gold , merah &biru .   Nak tengok details boleh ke sadi collection .


Akan di update malam ni...

Salam ramadhan

1st day puasa yang mencabar . Biasala rakyat malaysi ni susah sangat nak bagi signal bila nak tukar line ataupun nak masuk simpang ..
     Geram je . . Nasib baik la puasa , aku dari pagi asyik ingat kan diri yang aku puasa . .
Harap kerja hari ni dipermudahkan .

Nak selit juga la kite ada jual baju cantik . Jangan bimbang atau ragu bila lihat gambar ni kerana saya ataupun SADI COLLECTION adalah agen bagi ashanim dress lab . So baju-baju yang dijual oleh ashanim dress lab ada dijual aleh sadi collection.

Kuih raya...jom beli..

Saya ada jual crunchy popia & cornflakes chocolate . Pada sesiapa yg berminat boleh email saya di sadicollection@yahoo.com untuk tempahan raya juga kami terima. Tq

Crunchy popia oreo & nestum, sedap dan rangup hanya pada harga rm20 dan rm25 untuk 1kg . Jom tempah sekarang untuk makan raya.. 



Cornflakes coklat 50 pcs hanya pada harga rm18. 

Kami ada juga cornflakes tanpa plastik. Senang untuk dimakan... sedap dan rangup . Hanya rm10 untuk small dan Rm18 untuk medium . 
Grab now....

Clearing stocks ... murah...mari beli..

            Saya nak jual barang-barang yg terdapat di dalam gambar . Pada sesiapa yang berminat sila email saya di aikajetts@gmail.comt atau pm saya di facebook.com/sadicollection.

Jual... Jual..

Just want to ask . . Kalau saya nak jual barang ni agak2 ade sapa nak tak?

Mysoul.

               My love & my soul. Inilah hero aku . Susah senang aku hanya untuk dua hero ini. Terima kasih ya allah dengan pemberian yang amat bermakna ini untuk aku .
              Ya allah kau kuat kan lah semangat hamba mu ini untuk menempuh dugaan mu demi dua nyawa yang kau beri kan kepada ku ini. Berikan lah aku keimanan untuk aku besarkan dua putera ini dengan agama mu agar mereka menjadi seorang yang soleh.
Amin . Moga aku ada kekuatan untuk bekerja demi memberi makan kepada dua hero ku ini.
MY D.I

Aika Kembali....

Assalammualaikum , 

                     Huh lama betul tak buka blog. Al maklum sudah ada 2 org hero.. Sibuk memanjang.eliat
Ni nak menulis pun 2nd baby mengeliat je.. Nasib baik abang nye tido.. Apa cerita? hihihi
Tak ada ape2 cerita just nak mengomel pasal 3 tahun kahwin ALLAH beri rezeki sampai 2 and just nak kongsi hobi baru ....??? Ape hobi baru kite? ???

                      Al kisah.....

                    Alhamdulillah  , aku di kurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki pada 24 mac yang lalu . Macam biasa aku lalui kehidupan berpantang di rumah mak mertua and umah umi ku . Pejam celik , Pejam celik aku da pun 2 bulan cuti bersalin . Anak da makin besar tanggungjawab da makin bertambah .
Bersalin bayi yang kedua ini , baru aku tahu erti sebenar alam Rumah tangga dan apa erti IBU . 
Penat juga nak menjaga 2 orang anak yg masih lagi kecil . Terasa pendek sangat cuti pada kali ini . Aku tak sempat buat apa2 yang menjana pendapatan pun . Rugi rasa nya .

                        Bila sebut pasal menjana pendapatan ini , aku ingin berkongsi hobi aku . Aku ni macam2 nak buat, kalau boleh benda yang aku boleh buat aku akan cuba buat juga tp sekejap je sebab aku buat satu or dua then hilang ke mana.. Jadi tu jadi tapi tak di bawa ke tahap yang lebih tinggi .. Bila tengok orang berjaya aku nak juga berjaya cam diaorang. Agak2 boleh ke aku berjaya?