Lupakan atau tidak..

       Assalammualaikum blogger, malam ni perasaan bercampur baur.. Gembira ada, duka pun ada . Hmmm... Kenapa la aku ni jenis orang yang susah nak lupakan sesuatu perkara?!! Adakah aku tak redha dengan apa yang berlaku?!! Aku tak nak ingat apa pun yang berlaku pada masa lampau walaupun sebesar kuman. Walaupun nampak kecil perkara tu di mata orang tapi bukan di mata hati aku. Terlampau pedih bila di kenang.

      "Kenapa perlu kenang?!! Buang je jauh-jauh" senang nya orang berkata. Kan senang kalau betul-betul boleh buat macam tu. "Aku memang salah ke selama ni? Tak boleh ke aku protect diri aku? Kau sakit salah aku ke? Aku yang buat kau dulu ke? Bukan ke kau yang mulakan dulu? Kenapa kau buat macam aku yang bersalah walaupun dalam hakikat sebenar kau juga ada salah nya? Kenapa mesti perlu kau berselindung ? Sedangkan aku memperjuangkan kebenaran!!! Persoalan yang secara tak sengaja melintas dalam pemikiran yang sememang nya tak ada tempat untuk sebesar zarah pun melintas..

        Tapi apa kan daya . Ramai yang menyokong kau , memberi kau semangat untuk terus hidup dalam dunia maya . Bertuah sungguh kau kerana ramai yang mengambil berat tapi kau tak sepenuhnya menghargai. Sayang nya..sayang sangat..

Wahhhh.. berpuitis pula aku malam- malam macam ni.. hmmm... untunglaaaaa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan