Cite-cite baru sepanjang blog bersarang..

Assalammualaikum, lama giler tak buka blog ni, bersarang sudah. . Almaklum lah bila kandungan mencecah 7 bulan ke atas semua benda malas nak buat. Mengait pun da malas masa tu.. Ok first nak cerita pasal raya terus la . .

Raya tahun ni , raya pertama dengan keluarga hubby. Seronok juga rasa sebab firts time raya at kampung. Suasana dia lain , tapi agak sayu sebab firts time tak raya dengan family.. Banyak firts time kan?  Masa itu kandungan da cecah 8 bulan, agak takut juga la sebab bila2 masa je boleh bersalin.  Aku n hubby naik kereta arwah atuk yang hubby beli dari pak ndak. Rasacm nak terbang je masa itu. Sebab kereta hubby je yang enjen berkuasa rendah. Kalau la tebersalin pula kat situ alamat jadi orang pahang la anak aku . . Raya pertama aku balik semenyih , raya umah mak mentua aku and then baru bertolak ke pahang pada hari yang sama . Aku tido semalam je at kampun sebab hubby tidak dapat cuti so kena rushing la balik semula ke kuala lumpur. Dalam perjalanan balik nasib baik  aku dan hubby tak kemalangan ,alhamdullilah hubby cepat sedar yang kereta depan kereta kami brek emergencyv, hubby terus tengok cermin sisi kiri tidak ada motor hubby terus belok kiri.. Dua kereta belakng kereta kami ikut ke kiri jalan juga. Alhamdulillah akhirnya  sampe juga di kuala lumpur.

Lepas cite raya cite pasal my new baby born..

Tepat pada pukul 11.30pm 17/9/2011 aku rasa macam ada something tak kena. Aku terus pergi tandas check sama ada betul atau tidak jangkaan aku. Ternyata betul apa yang aku jangka, air ketuban aku pecah dengan pantas aku ajak family aku pergi hospital .

Aku telefon mak mentua aku dan hubby aku untuk bagi tahu yang aku menuju ke hospital . Nasib aku baik sebab hubby baru je habis keje. Aku masih belum rasa sakit tapi air ketuban keluar mencurah- curah. Tepat jam 1.30am aku di masukkan ke wad bersalin , hubby pun sudah ada kat sisi. Masa tu pembukaan rahim baru buka dalam 3 cm tapi nurse kata pembukaan tu lembut bila-bila masa aku boleh bersalin. Tunggu punya tunggu sampai pukul 2am tepat aku sudah tak tahan lagi menanggung kesakitan amat sangat. Nurse check pembukaan rahim sudah 4 cm tapi di sebabkan aku sudah tak tahan nurse bagi aku ubat untuk buang air besar. .

Selepas membuang aku terus pergi ke nurse balik cakap dengan nya yang aku sudah betul-betul x tak tahan, sekali lagi nurse check pembukaan aku rahim aku sudah 8cm terbuka. Dengan pantas aku capai telefon, aku telefon hubby aku yang masa tu di tingkat bawah uruskan pendaftaran aku. Aku di masuk kan ke wad bersalin. Alhamdulillah aku selamat melahirkan baby boy tepat pada 3:11am , 18/9/2011 dengan berat 2.6 kg. Sekarang aku selamat pulang ke rumah mak mentua menjalani sesi berpantang. Huhu

Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan